
Pada tanggal 27 Februari 2011, kami yang terpilih untuk menhadiri latihan menembak pada hari ahad di ipk melaka sangat tak sabar nak menembak. Malam tu lepak2 bilik ceot, tengok cerita Khurafat..seram GILER wa cakap lu...sebab antu dia kan maen merangkak mcm cter JU-ON dulu2 tu...selalu cerita melayu buat antu maen sergah2. kire Khurafat ni satu pembaharuan la dalam industri filem..kan..kan..kan..
Tapi tak nak citer Khurafat, nak cerita menembak sebenarnye..Ipk Melaka tempat kami anggota suksis ukm ni pergi menembak tak la jauh mane pun dari UKM nih. Dekat je, tak sampai satu dua jam. Sampai jer kat sane, dah kami diberi taklimat sikit2..
THENNN....tibelah mase untuk kami menembak..Skuad 1 dulu..abes skuad satu..kami plop menembak..Kami diberi Nombor Detail dan Sasaran mengikut kedudukan..kire koordinat jugak la..dan aku dapat Detail 6 Sasaran 2..Kakak yang jage Sasaran Dua tu cun..huhu
Sebelum menjalani latihan menembak ni kami diberi taklimat tentang langkah2 keselamatan ketika latihan menembak antaranya:-
1. Jangan acukan senjata pada kawan
2. Jangan masukkan jari ke 'Trigger Guard'
3. Laras pada 'safe' semasa magazine berisi peluru
4. Jangan sentuh senjata selagi belum menerima arahan
5. Ikut dan dengar arahan dari pegawai tapak
6. Angkat tangan dan jangan pegang senjata sekiranya terdapat halangan pada senjata
7. mematihi peraturan latihan tembak
"Pang..Pang..." Dua peluru percubaan m16 aku lepaskan..Fuh..baru dua peluru..dah berpeluh-peluh..macam mana nak habiskan 20 lagi peluru kat dalam mgazine nih... Lepas dua peluru ni dilepaskan..m16 aku kunci kepada safe dan kami pun berlari 200meter secepatnye untuk tengok samada kedua-dua peluru tadi masuk ker tak...dan Alhamdulillah dua2 peluru tadi kene pada kertas sasaran tu tadi..dan U KNOW WHAT...satu peluru masuk kat petak tengah...CAYALAH..huhu.."Hebat jugak..hehe" walaupun satu lagi tu tak masuk kotak hijau pun...
Habis jer..kesemua 22 peluru m16..rase lega sangat..kami buat dua pose jer...meniarap dan duduk..12 peluru mase meniarap dan 10 peluru lagi mase duduk....Pas cekah "charging handle" untuk pastikan dah tak der peluru kat dalam tu..kami berlari lagi untuk mengambil kertas sasaran...
Alhamdulillah kesemua 22 peluru kene pada kertas sasaran..tapi kesemuanya kat bahagian bawah...tapi dapat 41 markah untuk m16...hehe..kesemua bawah tapi jarak2..kire kalau orang fizik ckp low accuracy low precision la..hoho..
Then..bile ke3-3 skuad selesai dengan m16..kami rehat sekejap then sambung plop dengan revolver36.
Kalau tengok gambar atas ni..tu la gambar aku..aku yang sedang menenang...erm..nak taw cara menenang yang betul..mai aku citer yer..Walaupun tak sehebat mane tapi aku tau la jugak untuk menenang dengan betul..
Cara menenang..dan menembak revolver36
1. Tegakkan tangan yang memegang senjata.
2. Rapatkan bahu ke pipi agar mata dapat setentang dengan panjera
3. Pandang sasaran melalui penjera belakang dan lurus ke panjera depan ke tengah2 titik sasaran
4. Tarik nafas dan lepaskan tembakan dengan menarik picu secara perlahan-lahan dangan kiraan...dan sudah melepaskan tembakan pada kiraan kelima.
Masa ni aku rase nak habiskan peluru cepat jer..dah aku rase memg aku berjaya habiskan cepat kesemua 22 peluru sebab mase aku dah siap tu semua belum siap..huhu..untuk revolver ni ada dua kedudukan juga tetapi berdiri dan duduk..kalai m16 meniarap dan duduk..untuk revolver36 ni ade kedudukan berdiri dengan 12 peluru dan duduk 10 peluru.
Tibe2 dapat pulak anugerah penembak terbaik revolver wanita skuad dua suksis..huhu..
tak percayer pun ade..Semoga tahun hadapan dapat untuk m16 plop..Doakan saya.
No comments:
Post a Comment