http://www.youtube.com/watch?v=4coi8rgULZ4&feature=player_embedded
Semasa Malaysia digemparkan dengan Tsunami yang berlaku di Jepun pada hari Jumaat 10hb Mac 2011 yang lalu..kami pelajar yang mengambil majoring botani UKM sedang menjalani fieldwork di Teluk Gorek, Mersing, Johor.

Makan di RNR
Tayar bas UKM yang membawa kami ke TELUK GOREK mula bergolek pada pukul 9.30 malam khamis. Barang keperluan seperti plastik sampel, mikroskop, tagging, alcohol dan macam2 lagi dibawa bersama. Tiga orang lab officer mengiringi perjalanan kami.
Awal pagi jumaat, bas tu tibe di perkarangan masjid yang aku tidak pasti dimana. Tapi bas kami berhenti hampir 2jam di situ untuk berehat..tapi tiada siapa yang terjaga..malam yang sejuk dengan hujan yang turun lebat menyebabkan kesemua pelajar botani yang ade dalam bas tu terlena tanpa sedar sampailah jam hampir pukul 6 setengah pagi.. lepas solat subuh tayar bas bergolek kembali untuk terus ke Teluk Gorek..tak sampai sepuluh minit..kami sampai..dalam pukul 7 suku pagi gitu..
Siap je letak barang2 fieldwork kat makmal resort situ..kami ke resort tempat penginapan.. Pukul 8 pagi kene keluar untuk naik Gunung Arong. Hari tu buat pertama kali aku naik gunung semasa hujan lebat..kami jalan kaki dari resort ke kaki gunung..perjalanan ambil masa dalam 15minit..Sepanjang perjalanan ni kami abil specimen lumut dan paku-pakis. Seronok memang seronok. Pelajar botani memang best.
Gunung Arong ni tak setinggi gunung Datuk dan Angsi yang pernah aku daki..jadi masa yang di ambil tak sampai 3 jam, tetapi perjalanan yang singkat ini memberi kepuasan yang lebih bile pemandangan di puncak gunung arong yang sangat cantik..Dari atas boleh nampak Pantai, Hutan, Teluk, ombak bagaikan lukisan yang tak bergerak. Kalau difokus betul2 baru nampak ombak tu bergerak. Subhanallah cantiknya alam yang Allah cipta nih..

Pelajar Botani UKM yang best2..

Kami turun kembali ke resort pada pkul 3 lebih petang tu. Disebabkan pemegang kunci dorm tidak sampai lagi maka sesetangah dari kami maen bola tampar dalam hujan dan sesetangah lagi makan2 di gazebo tepi pantai..
Petang tu aku tidur je kat dorm...Pukul 5 lebih tu aku terjaga..dan sedang kecoh kat bilik dorm yang aku duduk tu mengatakan Tsunami melanda di Jepun dan tempiasnya ke Malaysia iaitu di bahagian Sabah, Sarawak dan Selatan Johor. Disebabkan resort kami berdekatan dengan pantai dan berada di Selatan Johor maka tempat ini berkemungkinan mendapat tempias tsunami tu.. Tibe2 kami dapat arahan untuk berkemas-kemas secepat mungkin kerana berita bencana Tsunami di kaca tv tu merupakan amaran kepada rakyat Malaysia pada gelombang susulan Tsunami tu..
Dengan tergesa-gesa, kami kemas barang secepat mungkin..Bertambah-tambah cepat bila pak cik lab officer ckp "Selamatkan nyawa dulu baru barang". Selepas ambil semua barang dimakmal kami semua masuk kembali ke bas..menunggu bas berjalan meninggalkan pantai tu..tapi tidak juga jalan..lepas ditanya rupanya kami menghadapi masalah dengan pemilihk resort yng menyuruh kami membayar full sampai hari ahad..padahal kami stay situ sampai hati jumaat sahaja..

ermm..macam2 ragam manusia.time2 macam ni pun ade yang nak ambil kesempatan..
to be continue..

Flower Clip Art
No comments:
Post a Comment