
Tentu anda tertanye-tanye mengapa saya menulis begitu
sebenarnya perkara ini sudah lama dipertemukan
tetapi mungkin kamu terlepas pandang
atau memang sudah mengetahui perkara ini
tetapi saya tetap ingin berkongsi sesuatu hari ini kerana
Rasulullah s.a.w pernah bersabda
"sampaikanlah pesananku kepada umatku walaupun sepotong ayat"
saya terbaca artikel megenai "Sandera Cinta"
dan tertarik dengan pengisiannya
jadi insyallah saya akan menyampaikan sedikit sebanyak
walaupun topik ini sudah basi pada sesetengah org
tetapi ilmu itu datang dengan pelbagai cara
mungkin hari ini kita baca kita dapat sikit
esok baca dapat ilmu lain pulak
padahal bace benda yang sama kan.
back to matter..
ramai isteri atau suami yang kecewa
kerana gagal memiliki cinta pasangan
ramai yang berpendapat
dengan memiliki cinta pasangan itulah sebagai tanda cinta kita kepada pasangan
TIDAK!! anda salah!
memiliki tidak bererti cinta
tetapi memberi dan tidak jemu memberi itulah cinta sebenar
Apabila cinta itu lahir, kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya, bukan diri kita.
Kepentingan kekasih itu diutamakan, kepentingan diri tidak dihiraukan. kebahagian kekasih itulah kebahagiaan kita. Maka ia akan menjadi cinta sejati. Cinta yang sentiasa memberi dan tidak jemu memberi.
Jika cinta itu memiliki. Apabila cinta sudah menjadi milik kita. kekasih juga sudah tidak dihiraukan. Seperti habis madu sepah dibuang. Habis air tin dibuang. Kerana matlamat utama adalah memiliki. Maka setelah dimiliki, matlamat sudah dicapai dan cinta terhenti disitu.
Ia umpama pemilik burung terkukur. Burung diberi makan, diberi minum, dimandikan dan diajar macam2 tetapi DIKURUNG. Pemilik sering kali berkata kepada org yang bertandang ke rumahnya " ini burung kesayanganku"."suaranya sangat merdu" pujinya berkali-kali.
Tetapi apakah erti pujian2 itu jika ia masih terkurung tanpa kebebasan. Sedangkan fitrah seekor burung itu adalah terbang iaitu memperoleh kebebasan. Jika tekukur itu dikurung di dalam sangkar emas sekali pun..ia tetap mengharapkan kebebasan. Jadi apakah memiliki itu bermakna cinta. Itulah kita yang kita paham selama ini. Kita ingin memberi kebaikan yang diingini kita bukan yang diingini kekasih kita.
Cinta itu bermaksud membebaskan, tetapi memiliki itu mengikat, membelenggu dan mengawal.
Tidak sukar memahami dan merasai jika kita benar2 mencintai. Bukankah kekasih sejati itu bertindak memahami dulu baru difahami??
Kepada sang isteri dan sang suami di luar sana, belajarlah membebaskan. Mengikat atau memiliki bukanlah cinta namanya. Kepada pasangan2 yang sudah berumahtangga prinsip ini perlu difahami kerana apabila usia semakin meningkat, tidak ada lagi cinta berapi berasaskan keinginan biologi dan fisiologi. Yang mampu bertahan hanya rasa cinta yang sebenar iaitu membebaskan dan tidak jemu2 memberi kebaikan yang diingini pasangan.
cinta itu memberi
cinta itu mendengar
cinta itu berkorban
cinta itu tanggungjawab
cinta itu mendoakan
cinta itu memaafkan
Yang paling penting...
JANGAN SEKALI-KALI ABAIKAN CINTA SUCI YANG MENGHUBUNGKAN CINTA ANTARA SUAMI DAN ISTERI IAITU CINTA ILAHI..
Jagalah cinta kita kepada Allah, insyallah, Dia akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.
Dan dengan hanya memburu cinta kepada Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkanNya.

Flower Clip Art
No comments:
Post a Comment