Wednesday, 22 December 2010

Bermalam di puncak Gunung Datuk

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara
pertengahan cuti sem sudah tamat
masa bersama keluarga juga sudah tamat
masa bermain sudah tamat
masa menjadi suri rumah yang memasak tiap hari juga dah tamat

maka...

tibalah masanya kembali ke ukm

masa sem baru bermula

masa kuliah bermula

masa kembali berwifi bermula


almaklumlah..

dirumah tiada internet

tetapi masih bersyukur

kerana masa dirumah tidak dihabiskan dengan perkara yang mungkin melalaikan melalui internet

kembali berbloger

resenye dah banyak kali sawang labah2 kene dibersihkan sebab memg labah2 dah buat kampung dah kat blog ni..hehe

lama sangat break

berblognye sekali sekala aje..



kali ni
sedang bersemangat nak berkongsi sesuatu
tapi tak pasti semangat itu akan masuk sekali kat blog ni..
terpulang kepada masing2
kerana pemilik tangan mempunyai masalah meng"ekspress" perasaan
hehe

antara aktiviti yang masuk dalam senarai program time cuti hati tu ialah:-


1. Opkim di Kampung Sg. Nibong, Batu Pahat
2. Program perkhemahan di HPA, UKM (Kembara Malam, sesi belajar asas Public Speaking)
3. Perkampungan di UKM
4. Opkim di Rumah OKU di dua tempat (di Taman Seri Sembilan dan lagi satu x ingat..soriee)
5. Mendaki Gunung Datuk (30 nov dikaki bukit..1 dis dipuncak..2 dis bergerak turun)


tapi hari ni juz nak cerita yang nombor 5 dulu..iaitu mendaki Gunung Datuk


mendaki Gunung Datuk ni program last la buat sebelum betul2 bercuti kat rumah
so..ade kat rumah cume dua minggu jer
tapi alhamdulillah
2 minggu tu terasa macam sebulan
tak rase singkat la..mungkin sebab memg jadi suri rumah sepenuh mase..
"ada ciri2 isteri mithali x??"hehe..
ok2...dok asyik intro jer..
tak mule2 nih..
hehe..pembaca2 dah mule merengek nampaknye..
walaupun sorg jer pembaca nih (sizuka)..
tapi bole la letak "pembaca2" (nak sedapkan hati..hehe..)
Gunung Datuk ni terletak berdekatan dengan Kg. Batang Nyamor, mukim Gadong, daerah Rembau, Negeri Sembilan. Tempat ni LAA google dan search sikit2..kalo ikutkan tak tahu gunung ni terletak di daerah mana sebab naik bas yang UKM sediakan. Ikut maklumat lain gunung ni terletak di selatan banjaran Titiwangsa. Gunung ini mendapat nama daripada Datuk Lembaga apabila Dato' Perpateh nan Sebatang (suku kaum Adat perpetih Minangkabau) yang menempat di kaki gunung ini mengadakan persidangan pertamanya untuk melantik Ketua Adat di puncak gunung tersebut pada tahun 1372. Tinggi Gunung ini adalah 870 meter atau 2900 kaki.
kami bertolak dari UKM ke kaki gunung datuk pada 30 november 2010. Tetapi bas hanya mampu menghantar kami di jalan besar karana jalan masuk ke kawasan
Perjalanan pendakian bermula seawal 8 pagi dan memakan masa lebih kurang 2jam setengah untuk sampai ke puncak.
Pendakian agak mencabar kerana sukar menjumpai tanah rata apabila pendakian telah dimulakan. cerun yang berbatu-batu dan berakar menyukarkan perjalanan
tambah2 pula jika tapak kasut sudah haus dan musim hujan yang menyukarkan lagi pejalanan
cerun yang pada mulanya agak landai
menjadi semakin mencabar sehingga mencecah 90 degree
kebanyakkan cerun adalah 60-90 degree
nasib baik saya memegang air glucose campur asam yang dibekalkan
(boleh juga minum untuk mengembalikan tenaga)
*tetapi pendaki2 diingatkan supaya tidak memegang sebarang benda ketika mendaki
kerana tangan perlu free supaya boleh menyambut sebarang yg ade jika terjatuh
banyak langkah keselaman yang perlu dipatuhi ketika mendaki gunung kerana kita berada di dalam hutan antaranya:-
1. jangan pegang barang..(sb nanti jatuh x dapat sambut..sebab barang kat tangan)
2. jangan pakai wangi-wangian( kerana serangga suka..tak pasal2 lebah kerumun kat hang..x ker susah pc kebajikan nak sapu2 ubat..hehe)
3. pakai stukin panjang..(tak pun pakai tight..sebab pacat banyak..lagi2 musim hujan ni)
4. semburla sikit2 insect repelent..kalau x der pun x per...insyallah nyamuk jer paling kurang
5. hah..yang ni siyes sikit..JANGAN CAKAP BESAR! jangan pulak salah tafsir..bukan tak boleh ckp perkataan "besar" tu..cume janganlah riak, sombong, ckp besar kononye dah pernah naik ker..sb pernah terjadi..terpisah dari kawan..tersesat..terjatuh..bear in mind..ok
6. pastikan ubat2 cukup..terutamannya menza (untuk cramp), penadol, LMS, bandage..sume2 tu..senang citer bawak first aid yang bag pnye...jangan la kau bawak first aid yang kotak putih tu..bahaya kot..dah la tajam bucu dia tu..berat lagi..kire senang search la sikit2 pasal pertolongan cemas ni seblum mendaki..sebab kita tak taw ape terjadi kat atas kan..mungkin ade kawan kamu yang pingsan atau kene patuk ular..
hah..nak citer sikit pasal patuk ular..kalau kawan kamu kene patuk ular..jangan pulak sewenang-wenangnye hang sedut bisa ular tu..almaklumlah citer omputeh selalu wat gitu an..tapi cara tu bole bg efek kat si penyedut jugak..sebab bisa tu mengalir kat bdn si penyedut..
ada cara lain jugak mule2 bg baring si mangsa dulu..supaya jantung tak pam darah kuat sangat..
pahtu sapu garam ( tuk bg neutral balik bisa tu) pastu tekan bagi bisa keluar dari salur darah...tetapi sedikit menyakitkanlah..sb kene toreh sikit supaya darah keluar..kire jangan bg bisa terus mengalir kat salur darah.kalau bisa dah mengalir kat selur darah..biasanya darah akan bertukar jadi biru..so dapat detect la kat situ..
7. sentiasa berteman..atau jangan jalan sorang2..bahaya..kot2 ade penculik kat dalam utan tu..
8. jangan ambil barang yang dijumpa..atau petik bunga2 pelik...kalau ada niat yang dibenarkan mungkin diberi pengecualian tetapi untuk suka2 disyorkan elakkan.
sambung citer pasal gunung ni balik..
time sampai kat atas tu kami tak terus naik ke puncak yang berbatu tu
sebab kami bermalam..jadi pagi besok( dalam tentetif) baru naik
kami pasang khemah di kawasan lapang berdekatan dengan puncak
tapi khemah bocor..
abes banjir khemah mase ujan..
"sapa kate atas gunung tak banjir??"
banjir taw..
abes basah baju..kerana lantai khemah bocor..
tapi nasib kumpulan kami baik kerana walaupun pada awalnya kecewa disebabkan diberi
khemah yang sudah usang tetapi kebocorannya tidaklah seteruk kumpulan yang khemahnya agak baru..
alhamdulillah ade baju hujan untuk menjadi alas supaya tidak kebasahan lagi...
***cek dulu khemah bocor atau tidak sebelum naik gunung..(kalau nak bermalam)
apabila waktu hampir senja..kami diajar untuk mengunakan pelita kabaid (not sure the spelling)
kabaid dimasukkan kedalam bahagian pelita..dan ditutup rapat..seterusnya letak air dan api boleh dinyalakan...sape tahu air yang selame ni digunakan untuk memadamkan api sekarang digunakan untuk menghidupkan api...subhanallah..ilmu Allah itu sangat luas dan hanya sedikit sahaja yang dikurniakan kepada manusia..ibarat buih2 dilautan..itulah ilmu manusia dibandingkan ilmu Allah..
angin malam di gunung dan latitud yang tinggi menyebabkan keadaan sangat sejuk..
baju sejuk memg sangat diperlukan pada waktu ini
***jangan lupe bawak baju sejuk..touchlight..
air perlu dibawah dari bawah kerana di puncak tiada air...kami mengambil wuduk dan bersuci menggunakan air botol yang kami bawak dari bawah...tetapi boleh juga di ambil dari mata air..
kira2 20minit perjalanan dari puncak gunung..toilet juga tidak disediakan jadi kami menyediakan satu ruang bg urusan tersebut..
makanan jangan pula dilupakan..kerana..tenaga datang dari makanan..
kami sudah memasak nasi ketika di kaki bukit..jadi kami hanya perlu memasak lauk di puncak...
jadi masa dapat di save kan..setelah berpenat lelah mendaki..kami hanya mengunakan kayu api kerana tidak membawa dapur tu...untuk mengurangkan beban..tetapi agak sukar kerana kebanyakkan kayu api basah..walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..
cume...
SAYA KENE GIGIT DENGAN LEBAH MALAM TU...
kecuaian saya kerana terus menyarung kasut tanpa menjangka apa2..
tapi malang nye kasut yang sedia berlubang-lubang itu dimasuki lebah
yang benyocok jarum belatinye ke tapak kaki ku yang bakal digunakan untuk TURUN
GUNUNG BESOK...arghhhh...
terdincut..dincut meneruskan perjalanan...ubat pun datang lambat..
tapi soleha ckp..
"cube jangan tengok tempat kene sengat tu..mind set jer tu"
hehe..betul jugak...pada awalnya agak sakit tetapi beransur pulih setelah beberapa minit..
tetapi sakit masih terasa
terutamanya semasa turun gunung besoknya...
pagi 2 disember..setelah semua kumpulan bersedia kami bergilir-gilir mengikut kumpulan memanjat batu untuk ke puncak tetinggi..
SUBHANALLAH...
cantiknya alam ciptaan Allah..
terasa begitu kerdil di sini..
sedangkan rumah nampak kecil dari atas gunung..
apatah bg kecilnya kita di alam ciptaan Allah yang hanya makluk Allah semuanya..
tak terbayang betapa besarnya kekuasaan Allah menciptakan semua kejadian alam ini..
jika awan tidak tebal..
maka dapat dilihat banjaran titiwangsa, laut selat melaka, kehijauan alam..rumah2 dan kilang2 yang kelihatan sekecik syiling dua puluh sen sahaja..
setelah makan tengahhari, membuka khemah dan bergambar di puncak
kami bergerak turun..perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah..
kami dibenarkan mandi di kawasan air terjun berhampiran kaki gunung sebelum berangkat pulang ke rumah
saya dan 2 org muar lagi turun di hadapan perhentian bas seremban untuk mengambil bas seterusnya ke muar.


2 comments:

  1. wow.. panjangnye cite... capek deh maw baca.. hihik~

    ReplyDelete
  2. ni catatan perjalanan..kire cam dairi lah..hehe

    ReplyDelete