
assalamualaikum. hari ni zila nak bercerita dan nak berkongsi tentang
tanda-tanda org yg mencintai Allah.
sebenarnya ada banyak tanda2nya rasenya ade 17
tp mungkin zila dpt sentuh beberapa daripadanya saja.
tanda org yg mencintai Allah yg pertama adalah
Redha dengan segala ketentuan Allah orang yang
mencintai Allah s.w.t akan sentiasa memurnikan tujuan
dan matlamat segala perbuatannya. ia hanya melakukan
perkara yang tidak melanggar hukum syarak dan
mengamalkan segala sunnahnya. amal soleh
adalah segala kebaikan dengan mengikuti sunnah
Rasulullah s.a.w. Baginda mengajarkan perbuatan
yg mendekatkan kita kepada Allah dan melarang
perbuatan yg menjauhkan kita dari Nya.

kebaikan dan mengamalkannya
org yg mencintai Allah akn cenderung
melakukan kebaikan,
mengunakan kesempatan senggang
yg ada sebelum datang nya kesibukan iaitu seperti yg
dikatakan dalam lagu raihan.
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
sihat sebelum sakit
tua sebelum muda
kaya sebelum miskin.
lapang sebelum sempit.
hidup sebelum mati.
ia akan terlihat bersegera melakukan kebaikan
dan berusaha tidak meninggalkannya,
walupun bila mane dia benar2 tidak berkesempatan
melakukannya dia akan berniat untuk melakukan nya
supaya dia benar2 dijadikan sebagai org yg
berhak masuk golongan yg mencintai kebaikan.

org yg mencintai Allah bermakna mencintai dan berbuat
baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa iman seseorg
mukmin yg paling sempurna adalah yg paling
baik akhlaknya, dan yg paling baik di dalam berbuat baik
adalah kepada kedua ibu bapa.

amalan ahli syurga. tahukah anda
bagaimana amalan ahli syurga itu??
abu ayub al-ansari meriwayatkan bahawa
seorg lelaki berkata:
"Ya Rasulullah ceritakanlah kepadaku suatu
perbuatan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga"
Baginda menjawab:
" Hendaklah beribadat kepada Allah dan jangan
mempersekutukanNya dengan yang lain, mengerjakan solat,
mengeluarkan zakat, dan menyambung tali persaudaraan."

membasahi lidah dengan berzikir
Abdullah bin Busr meriwayatkan bahawa
seorg lelaki berkata:
"Ya Rasulallah, syariat Islam telah banyak
ku ketahui, maka ceritakanlah tentang sesuatu yang dapat
ku jadikan pegangan. Rasulullah menjawab: " Basahilah lidahmu
dengan menyebut nama Allah"
seorg Mukmin selalu menyebut dan mengingat Allah
ketika bangun dari tidurnya, ketika keluar rumah, ketika msuk bilik,
ketika melihat bintang atau matahari,
ketika hujan turun,ketika matahari terbit dan terbenam,
ketika bangun malam dan pada setiap kesempatan.
No comments:
Post a Comment