untuk khusuk dalam solat kita kenelah paham
maksud pada setiap bacaan yang kita bace
spt doa iftitah,al-fatihah,tym rukuk,sujud, tahiyat..
kat besh kalu paham makne kan..
kat sini zila nak share serba sedikit tentang
maksud dalam solat yang sebenarnya..
Allahuakhbar
Allah maha besar
Doa iftitahMaha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang
menciptakan langitr dan bumi, dengan suasana
lurus dan berserah diri dan aku bukan dari
golongan org musrik. sesungguhnya solatku, ibadatku,
hidupku, matiku, adalah untuk Allah Tuhan
sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan
kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan
bagiNYa dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
iaitu jalan orang2 yang Engkau
kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan semasa rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan segala puji-pujiannya.
Bacaan semasa kite bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan semasa iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian
Bacaan semasa kita sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan
dengan segala puji-pujiannya
Bacaan semasa duduk antara 2 sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmati daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah
aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah daku.
Bacaan semasa tahiyat awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang
baik adaalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau
wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba
Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad
Bacaan ketika tahiyat akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang
baik adalah untuk Allah. Sejahtera
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah
serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba
Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami,selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad
dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau
selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim
di dalam alam ini. sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Bacaan doa qunut
Ya Allah, berikanlah aku pertunjuk sebagaimana
orang-orang yang telah Engkaun tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau sejahterakan. pimpinlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau
berikan kepadaku. Jauhkanlah aku daripada segala
kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yng berkuasa menetapkan
sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi
pimpinanu. Dan tidak mulia orang-orang yang
Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau,
ya Tuhan kami dan segala dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkaulah segala macam puji
terhadap apa-apa yang Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi
yang ummi dan sejahtera ke atas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya
No comments:
Post a Comment