Tuesday, 27 October 2009

ya Allah ampuni aku



ya Allah ilhamkan pd kami ketaatan kpd Mu, jauhkanlahndari kami maksiatb kpdMu.

Mudahkanlah kami meraih ridaMu yg kami cari.

tempatkanlah kami pd puncak syurgaMu..

singkirkanlah dari pandangan kami kabut keraguan.

singkapkan dari hati kami tirai kebimbangan.

hancurkan kebatilan dari kalbu kami.

teguhkan kebenarn pd hati nurani kami.

kerana ragu dan syak wasangka mengundang bencana dan mencemari kesuaian pemberian.


ya Allah, bawalah kami pd bahtera keselamatan itu.

hiburkanlah kami dengan kelazatan munajat kepadaMu.

basahi kami dengan cucuran cintaMu.

senangkan kami dengan manisnya kasih dan kedekatan kepadaMu.


jadikan jihad kami berada dijalanMu

dan urusan kami dalam ketaatan pdMu

bersihkan niat kami dengan mengabdiMu.

sungguh kami hanya keranaMu dan hanya untukMu.

tidak ada jalan bg kami kpdMu melainkan melaluiMu.



illahi,jadikanlah aku di antara org2 yg baik yg disucikan.


gabungkan aku dengan org2 yg beramal soleh.

yg bersegera melakukan kemuliaan.

yg berlari mengajak kebajikan.

yg berdamba mencapai ketinggian darajat di sisiMu

sungguh Engkau Maha Kuasa atas segalanya

No comments:

Post a Comment