Sunday, 6 September 2009

cinta terindah

assalamualaikum sahabat2 sekalian..


Hari ni nak citer pasai cinta kepada Yang Maha Esa,


Allah S.W.T..selalu kite dgr kan...


Allah ada berfirman berkenaan deng
an orang-orang mukmin

"Allah Cinta kepada mereka dan mereka Cinta kepada Allah"


Nabi pernah bersabda;


"Belum sempurna imam seseorang itu hingga ia Mencintai Allah dan Rasulnya lebih

daripada yang lain"


Doa ini diajar oleh Nabi kepada sahabatnya


"Ya Allah,kurniakanlah kepada ku Cinta terhadap Mu dan Cinta kepada mereka yang

Mencintai mu,


dan apa saja yang membawa aku hampir kepada CintaMu,

dan jadikanlah CintaMu itulebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang

dahaga.


"Hasan Basri ada berkata;


"Orang yang kenal Allah akan Mencintai Allah,


dan orang yang mengenal dunia akan benci kepada dunia itu".


cinta oh cinta..


k mule dah..

cinta adalah anugerah dari Allah s.w.t kepada semua ha
mbanya.

tiada 1 mahluk pun di dunia ini boleh hidup tanpa cinta.


cinta yang dikurnia kan Allah sangat besar ruang lingkupnye..


tetapi manusia saja yang mengecilkan aspeknye..


cinta tidak semesti kepada manusia..


cinta yang abadi dan yang teragung


adalah cinta kepada Yang Maha Esa..


oleh kerana cinta inilah,


para syuhada' berani menentang musuh Allah tanpa ada


sedikit pun perasaan bimbang sekiranya mereka terpaksa syahid di jalanNya..

kepada kawan2 yang memanggil zila dengan name Syuhada' 2..


terima kasih sebab sentiasa mendoakan cita2 zila ni..


hehe..

k sambunb balik..


cinta kepada Allah tidak pernah memutuskan hubungan manusia


malah cinta kepada Allah lah yang mengeratkan lagi siraturahin sesama manusia


terutamanya sesama muslim.


mengapa??


ini kerana cinta kepada Allah


melatih manusia supaya


tidak mementingkan diri sendiri.


manusia yang mempunyai rasa cinta kepada Allah


akan lebih suka untuk memberi dari menerima.


mereka akan lebih suka memberi kasih sayang, cinta, perhatian


daripada mengharapkannya.


nak tau sebabnye??


ermm...sebab..


jiwa manusia ini telah dipenuhi dengan kasih sayang, cinta dan perhatian dari Allah.


Dengan itu dia tidak lagi memerlukan kasih sayng dari manusia


yang akan mati jua akhirnya.


yang diharapkan cume cinta yang abadi dari Yang Maha Esa,


Allah s.w.t.kerna nikmat cinta Allah itu tidak terhingga nikmatnya..

kasih sayang Allah melatihnya untuk kasih kepada mahluk2 Allah yang lain..


seorng sahabat saye selalu mengingatkan bahawa Allah sangat menyintai org2 yang

penyayang..
doa2 org

yang penyayang inilah yang selalu dimakbulkan Allah s.w.t..


tambah2 lagi kalu dapat merasai kemanisan iman..


hanya org yang benar2 beriman dapat merasai kenikmatannya..


cinta suami isteri pula jika berlandaskan cinta pada Yang Esa pasti


pergaduhan dapat dielakkan kerna kedua-dua saling percaya bahawa

pasangannya sentiasa berada di bawah pengawasan Allah s.w.t.


walupun terpisah beribu batu sekalipun jika ada keyakinan bahawa Allah sentiasa

bersamanya..maka tidak berlakulah pergaduhan dan ketidakpercayaan..


Wallahu A'lam..









































No comments:

Post a Comment